Tuesday, January 24, 2017

BAHAYA MENANTI....


BAHAYA MENANTI

Sudah lama jugak pokok separuh mati ni , yg tak mengenal mangsa. Mereka yg melalui dan menjadi pengguna setia jalan berhampiran Klinik Kesihatan Sikamat, Seremban tentu merasa bimbang setiap kali melalui jalan ini apatah lagi jika waktu tiupan angin kuat dan hujan....jika sebahagian dahan pokok tersebut patah dan menghempap pengguna yg melalui jalan tersebut, alangkah malangnya. Tidak ada kah pegawai atau anggota jabatan2 berkenaan yg berkaitan yg bertanggung jawab umpamanya MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN atau pun JABATAN KERJARAYA yg lalu atau tinggal berhampiran yg semestinya bolih mengambil tindakan selanjutnya. Janganlah bila dah terjadi malapetaka yg kemungkinan melibatkan anggota jabatan berkaitan di timpa musibah baru lah pegawai2 berkenaan buka mata....tolong lah ambil lah tindakan sekarang...wahai pegawai2 MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN atau JABATAN KERJA RAYA....

Friday, September 23, 2016

BUAH POHON SYURGA

BUAH POHON SYURGA
Buah Tin / Fig






Saturday, July 13, 2013

 
Selamat berpuasa Ramadhan 1434H
 

Jangan lupa amalan iringan di bulan Ramadhan ini.

Thursday, April 26, 2012

SUNSET SEBELUM SUNRISE

  
   Suasana menjelang matahari tenggelam di ufuk barat laut Selat Melaka nampak sangat indah dan tenang.


***


***


***


***


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Suasana pagi sangat mendamaikan, sinaran cahaya matahari yang mula menunjukkan wajah di ufuk timur bersama kehijauan pohon pohon di taman sangat menyegarkan mata.











PELIHARALAH ALAM SEKITAR SERTA KEHIJAUAN ALAM SEMULAJADI UNTUK KITA dan GENERASI SELEPAS KITA.
*********************************


Friday, January 13, 2012

ADUAN AWAM MPS


Saya selalu juga menggunakan laluan Jalan Dato' Muda Linggi untuk ke pajabat dan balik, selain jalan pilihan Jalan Lingkaran Tengah dan Jalan Rasah. Berhampiran SEREMBAN PLAZA (seberang jalan) dapat dilihat dengan jelas pokok mati ini




Saya tak pasti ia tanggong jawab siapa. Walaubagaimana pun memandangkan bahaya kepada pengguna jalan tersebut , saya telah menghubungi Pusat Aduan Awam Majlis Perbandaran Seremban pada hari isnin 9 Jan 2012. Aduan saya memohon pihak MPS menebang pokok itu  segera, di bimbangi musibah menimpa  sesiapa juga termasuklah anggota MPS sendiri. Bencana sebegini pernah berlaku tahun lepas di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur apabila seorang penunggang motorsikal mati di tempat kejadian setelah di timpa satu tunggul kayu mati di tepi jalan berkenaan.

Saya mohon sangat sangat pihak berkuasa cepat bertindak dalam hal sebegini.

Saturday, June 4, 2011

TAYAR PANCIT

    Pagi semalam perjalanan saya ke pejabat tergendala kerana tayar kereta pancit, tayar hadapan sebelah kiri, perkara ni saya sedari di rumah.
Gambar ni tayar setelah di bawa ke kedai tayar untuk di tampal.


Saya menggantikan dengan tayar 'spare' seperti dalam gambar dibawah. Apabila menggunakan tayar 'spare' kita tak bolih pandu laju dan jauh, kena tukar segera dengan tayar saiz sebenar. Saiz tayar 'spare' adalah kecil.


Saya memandu kereta ke satu kedai tayar tak jauh dari rumah untuk mendapatkan perkhidmatan menampal dan memasang semula tayar asal.
Apa yang ingin saya timbulkan disini adalah sikap seorang pekerja Melayu di kedai tayar tersebut berbanding pekerja bangsa Cina.
Sesampai saya di kedai tayar tersebut saya lihat ada seorang pekerja Melayu sedang melakukan sesuatu kerja, dia melihat saya datang dan saya maklumkan tayar kereta saya pancit dan untuk ditampal, dia diam saja. Sementara menanti dia membuat kerja saya keluarkan tayar yang pancit dari boot kereta.
Si mamat pun memulakan kerja menampal tayar kereta saya dan menukarkan tayar 'spare' dengan tayar asal, dan menyatakan dah siap. Saya tanya berapa ringgit, dia kata RM5.00, saya bayar. Lepas tu dia biarkan saja tayar 'spare' tanpa menolong menyimpan semula di tempatnya di dalam boot kereta saya. Apabila saya minta dia simpankan baru dia buat dengan gaya membantah, skrunya pun dia tak ketatkan dan kata dah siap.
Beginilah sikap seorang pekerja Melayu yang amat berbeza dengan sikap seorang pekerja bangsa Cina di kedai tayar lain yang biasa saya pergi. Pekerja Cina yang saya maksudkan apabila saya sampai di kedai tersebut kita di sapa dengan mesra, tayar di buka sambil dia berbual dengan kita. Apabila kerja tu siap tayar yang lain pun di 'pam kan' anginnya, dan sebelum kita beredar dia kata datang lagi dilain masa.

Kebetulan pagi tu saya menonton tv Malaysia Hari Ini, Dato' Dr Mohd Fazilah Kamsah bercerita, seorang remaja Cina bekerja di satu kedai, dia bertanya berapa gaji yang dibayar. Beliau menyatakan gajinya murah sahaja, tapi yang penting baginya untuk belajar nanti kelak bolih membuka perniagaan sendiri. Manakala seorang pekerja Melayu yang di jumpainya ada menyatakan buat apa kerja lebih , buatlah kerja berpadanan dengan gaji sahaja.

SANGAT BERBEZA SIKAP PEKERJA DUA BANGSA INI.
  

Monday, May 30, 2011

ANAK BURUNG


Di Seremban 30 May 2011 18.00 Ptg
Lokasi : Hutan rekriasi MPS yang di beri nama TAMAN MALAYSIA
Aktiviti: Jogging


Bukan senang kita bolih jumpa sarang burung yang ada anak yang baru menetas. Bermakna hari ni saya sangat bertuah.










Hutan rekriasi ini seharusnya dikekalkan dan di pulihara agar khazanah semulajadi dan berharga ini kekal dan menjadi tempat pembiakan hidupan rimba, bukan satu spesis burung sahaja, juga penduduk sekitar bolih menikmati udara bersih dan segar.