Tuesday, September 15, 2009

Kueh Raya


Bagi sesetengah orang walaupun ada pelbagai jenis kueh raya namun teringin juga nak menyediakan atau sekarang ni dibeli kueh tradisional. Kueh ni ada kelainannya, olih itu hari ni saya bersama rakan ke Kampung Ulu Cucoh(Ulu Chuchoh) dekat Sungai Pelik, Sepang. ini terkenal dengan pengeluaran pelbagai jenis kueh buatan industri kampung. Pelbagai kerepek ubi/pisang, kacang dll siap untuk dibeli. Ada juga pengusaha di sini telah memasarkan hasil keluaran mereka ke luar negara umpama Dubai & Cina. Yang saya suka kueh bahulu(baulu), mana satu yang betul? Harga pun ok gak jika dibandingkan harga penjual runcit, kerana di sini adalah penjual borong. Kaedah satu rumah satu produk atau satu kampung satu produk ni bagus untuk membantu pengusaha melayu dengan bantuan pemasaran dan lain lain olih agensi kerajaan seperti FAMA dan MARDI.

Monday, September 14, 2009

Hadiah

Menurut pekeliling JPA kakitangan awam tidak bolih menerima hadiah hariraya dari pehak kontrektor atau pehak berkepentingan yang berkaitan dengan tugas mereka dengan had nilai tertentu. Tentulah yang mahal dan mewah tak bolih.
Hari ni saya bersama seorang rakan sekerja ke Jempol berjumpa seorang anggota(pegawai) sebuah jabatan kerajaan, selain bertanya khabar dan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri(kami dah kenal lama kerana berurusan dengan organisasi kami), kami diminta menyampaikan sedikit cenderahati yang tidak mahal harganya. Cuma tanda ingatan sempena Hari Raya. Saya tidak masuk ke pejabatnya cuma menunggu di pintu pejabat. Saya berpandangan ini bukanlah menjadi kesalahan harga hadiah itu tidaklah tinggi nilainya cuma kata saya tadi sebagai tanda ingatan atas kerjasama biasa yang diberi, bukan urusan tender atau kontrek.
Dalam perjalanan balik saya singgah di bazar Ramadhan kelihatannya ramai yang tidak berniaga lagi mungkin telah mula membuat persediaan Hari raya. Saya beli sebatang lemang saiz sederhana berharga RM8.00 dan sedikit rendang ayam RM4.00.

Monday, September 7, 2009

Berbuka puasa

17 Ramadhan, berbuka puasa ringkas je. Sedikit buah tembikai, kurma tak tinggallah. makan nasi lauk daging salai campur terung masak cili api, ikan selar goreng sambal, timun. Air oren, ok jugak lah.






Kristal

Pagi hari isnin 7 september cuti Nuzul Quran di sesetengah negeri di Malaysia. saya bekerja seperti biasa. Pagi ni perjumpaan setiap isnin yang dikenali sebagai KRISTAL atau morning talk. Bermula dengan doa, nyanyi lagu kristal, tazkirah dan seterusnya amanat bos. Dah tiga minggu bos tak berpeluang bersama dalam kristal, jadi banyaklah perkara yang di suarakan. Semuanya berkaitan perkara meningkatkan mutu kerja, pencapaian, halatuju yang sememangnya setiap kali kristal di ingatkan setiap anggota. Kata bos kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib menetapkan penilaian kerja melalui KPI yang perlu di capai sasarannya, kita apatah lagi telah sediaada KPI yang sentiasa jadi sasaran untuk menentukan kecemerlangan.
Nampaknya mood bos sangat baik , mungkin kerana beberapa bulan kebelakangan ni selalu dapat top5.

Sunday, September 6, 2009

Teratak baru

Assalamualaikum,
Selamat berpuasa Ramadhan.



Semalam 4 september 2009 rumah saya siap di ubahsuai. Bermula pada 3 Ogos, dijangka siap sebelum puasa, mereka bekerja setiap hari kecuali ahad. Berbaloi juga dan lega rasanya melihat hasil dari belanja yang di keluarkan apabila melihat hasilnya. Semuanya untuk keselesaan keluarga dengan ahli keluarga yang semakin meningkat usia. Semalam kelihatannya seperti ini.......




Hari ini pekerja datang memasang Gate dan grill. Bertambah seri dan mantap kelihatannya. Lihatlah hasilnya ada perbezaan dari gambar semalam diatas.














dan lagi....................