Kisah keluarga saya semasa kecil tahun 70 an. Keluarga saya bolih dikatigorikan sebagai miskin. Ayah bekerja sebagai buruh Jabatan Kerja Raya (bekalan air), sekarang JBA. Waktu kerjanya dari pukul 7pagi hingga 2 ptg. Sebelah petang tanpa mengira penat pergi pula ke sawah padi, itu pun secara kecilan untuk keperluan keluarga saja. Ibu pula seorang yang buta huruf, wanita kampung. Jadi kerja yang bolih dibuat ialah menoreh getah dan bersawah padi.
Saya ada 4 orang adik beradik, saya yang bongsu. Abang & kakak bersekolah separuh jalan, abang yang seorang lagi sehingga tingkatan tiga, terpaksa berhenti kerana kemiskinan keluarga. Saya menjadi harapan keluarga. Tapi setakat mana saya bolih pergi dengan keadaan kehidupan kampung dan keluarga yang tidak ada motivasi lansung.
Ibu yang tidak berpendidikan lansung membesarkan anak dengan caranya sendiri disamping mencari rezeki bersama ayah. Begitupun saya berjaya menamatkan pengajian Al-Quran, juga belajar sembahyang. Nama guru mengaji saya Hj Amin, mengajar garang dengan rotan tak lekang dari tangan semasa mengajar. Faedahnya saya dapat dan sangat terhutang budi kepadanya, Al-fatihah kepadanya yang telah lama juga dia meniggal dunia. Dulu mengaji sebelah malam selepas magrib dan sebelum tu bersekolah petang.
Sekolah menengah saya mengayuh basikal sejauh 12km pergi dan balik selama lima tahun. Segala urusan di sekolah dibereskan sendiri, maklumlah ibu yang buta huruf manakala ayah sibuk dengan urusan mencari nafkah.
Selepas tamat persekolahan menengah bermulalah perubahan yang perlu saya harungi demi masa depan.