BABY TOMPOK
Kucing yang dipanggil baby tompok ni yang paling comel di rumah ini. Dipanggil dengan nama itu kerana
dia anak kepada ibunya yang bernama tompok, juga dipanggil klon tompok kerana warna dan tompok dibadannya seiras dengan ibunya.
Sejak kebelakangan ini badannya nampak berisi dan montel, perutnya semakin membesar, dah sahlah dia bunting. Selalu di biarkan dalam rumah kerana jalan depan rumah kereta dipandu laju, bahaya kepada si babytompok ni.
Malam tadi dia nampak lain macam, dia masuk kebilek dan berbaring ditepi dinding dengan tenang dan bersahaja seperti manusia.
Pagi tadi dia mula resah dan mencari tempat untuk melepak munkin. Dia masuk dalam sebuah almari baju yang bahagian bawah nya kosong.
Nampak proses melahirkan telah bermula, dia senyap saja, waktu pukul 10.13 pagi.
Dia pun malu juga tak tunjuk muka pun.
Setelah anak dilahirkan dia mula memusingkan kedudukannya yang sebelum ini membelakangkan kamera.
@@@@@
@@@@@
@@@@@
Bermul pukul 10.13 hingga 11.31 empat ekor zuriat baby tompok selamat dilahirkan, comel dengan mata yg masih belum terbuka.
Ibunya seakan faham gambarnya sedang dirakam, dia memusingkan kedudukan dengan anaknnya berada didepan.
SEKIAN KISAH KELAHIRAN.