Saturday, June 4, 2011

TAYAR PANCIT

    Pagi semalam perjalanan saya ke pejabat tergendala kerana tayar kereta pancit, tayar hadapan sebelah kiri, perkara ni saya sedari di rumah.
Gambar ni tayar setelah di bawa ke kedai tayar untuk di tampal.


Saya menggantikan dengan tayar 'spare' seperti dalam gambar dibawah. Apabila menggunakan tayar 'spare' kita tak bolih pandu laju dan jauh, kena tukar segera dengan tayar saiz sebenar. Saiz tayar 'spare' adalah kecil.


Saya memandu kereta ke satu kedai tayar tak jauh dari rumah untuk mendapatkan perkhidmatan menampal dan memasang semula tayar asal.
Apa yang ingin saya timbulkan disini adalah sikap seorang pekerja Melayu di kedai tayar tersebut berbanding pekerja bangsa Cina.
Sesampai saya di kedai tayar tersebut saya lihat ada seorang pekerja Melayu sedang melakukan sesuatu kerja, dia melihat saya datang dan saya maklumkan tayar kereta saya pancit dan untuk ditampal, dia diam saja. Sementara menanti dia membuat kerja saya keluarkan tayar yang pancit dari boot kereta.
Si mamat pun memulakan kerja menampal tayar kereta saya dan menukarkan tayar 'spare' dengan tayar asal, dan menyatakan dah siap. Saya tanya berapa ringgit, dia kata RM5.00, saya bayar. Lepas tu dia biarkan saja tayar 'spare' tanpa menolong menyimpan semula di tempatnya di dalam boot kereta saya. Apabila saya minta dia simpankan baru dia buat dengan gaya membantah, skrunya pun dia tak ketatkan dan kata dah siap.
Beginilah sikap seorang pekerja Melayu yang amat berbeza dengan sikap seorang pekerja bangsa Cina di kedai tayar lain yang biasa saya pergi. Pekerja Cina yang saya maksudkan apabila saya sampai di kedai tersebut kita di sapa dengan mesra, tayar di buka sambil dia berbual dengan kita. Apabila kerja tu siap tayar yang lain pun di 'pam kan' anginnya, dan sebelum kita beredar dia kata datang lagi dilain masa.

Kebetulan pagi tu saya menonton tv Malaysia Hari Ini, Dato' Dr Mohd Fazilah Kamsah bercerita, seorang remaja Cina bekerja di satu kedai, dia bertanya berapa gaji yang dibayar. Beliau menyatakan gajinya murah sahaja, tapi yang penting baginya untuk belajar nanti kelak bolih membuka perniagaan sendiri. Manakala seorang pekerja Melayu yang di jumpainya ada menyatakan buat apa kerja lebih , buatlah kerja berpadanan dengan gaji sahaja.

SANGAT BERBEZA SIKAP PEKERJA DUA BANGSA INI.