Olih kerana di rumah belum sarapan jadi setelah lebih satu jam di lebuhraya kami berhenti di kawasan rehat Pagoh.
Mohd Fadhli bergambar kenangan semasa kami berhenti sarapan di R & R Pagoh , Johor pukul 9 pagi.
Setelah lebih 20 minit kami teruskan perjalanan ke Batu Pahat. Ada baiknya saya dah survey dulu tempatnya minggu lepas jadi hari ni kami terus saja ke tempat pendaftaran di Bangunan Tabung Haji, Jalan Timah Sari, Batu Pahat.
Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 dah penuh tempat letak kereta di kiri kanan jalan depan pejabat Kolej berkenaan. Pendaftaran berjalan lancar di ikuti majlis taklimat olih Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat. Sessi pendaftaran hari ini adalah untuk dua kursus saja, Diploma Imformation Technologi (DIT) dan Diploma Computer System & Networking(DCSN). Tak ramai mungkin ada 60orang atau lebih sedikit untuk dua kursus tersebut.
Mohd Fadhli mengikuti kursus Diploma Computer System & Networking(DCSN) selama 3 tahun(6 semesta)
Selepas taklimat kami menuju ke asrama yang terletak jauh juga dari pejabat tadi, dalam anggaran 14 km. Bas disediakan pagi dan petang, jika waktu lain kena naik bas lain. Pelajar semester 1 & 2 dibenarkan tinggal di asrama manakala semester selepas itu kemungkinan kena cari rumah sewa kerana bilik tidak mencukupi. pelajar ini menumpang asrama Kolej Kemahiran Tinggi MARA(KKTM) Batu Pahat, terletak bersebelahan dengan Universiti Tun Hussien On, Jalan Batu Pahat ke Air Hitam.
Fadhli dapat bilik di tingkat satu, tinggal dua orang dengan budak Melaka, Rais namanya.
Rais ni pernah masuk tingkatan enam tapi katanya susah, jadi dia mohon belajar ke KPTM ni.
Asrama ni baru di duduki kali pertama, biliknya baru, almari baru, tilam baru,bantal dan cadar kena bawa sendiri.
Nampaknya Fadhli mulai hari ini merasa pengalaman baru kerana dia tak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga. Lihat pada wajahnya ada rasa gementar tapi dia juga dah lama duduk rumah sejak tamat tingkatan lima, jadi semangat nak belajar tu menjadikannya teruja nak menyambung pengajian peringkat diploma.
Fadhli mulai hari ini akan melalui perubahan cara hidup seharian. Semuanya kena uruskan dan buat keputusan sendiri.
Dah cuba duduk atas katil baru, bilik baru , kawan baru, wajahnya masih nampah gementarrrr.....
Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd. Rupanya IPTS anak syarikat MARA , jika dah swasta tu bayaran nya juga cara swastalah.
Struktur Yurannya
1. Yuran peengajian
2. Yuran pendaftaran.
3. Yuran asrama.
4. Yuran aktiviti pelajar.
5. Yuran koperasi.
Jumlah untuk sem 1 adalah RM 4140.00 , keluruhan 3 tahun lebih RM18,000.00, lumayan sungguh. Cadang nak mohon pimjaman pelajaran MARA. Syaratnya sekarang dah di naikkan mesti 5 kredit termasuk math, atau keputusan sem 1 CGPA dapat sekurang kurangnya 2.5 pointer. Nampaknya semester ni kena pakai duit sendiri dulu, semester 2 baru mohon.
Moga Fadhli belajar bersungguh sungguh untuk masa depan yang di cita citakan. Selesai urusan membeli beberapa peralatan keperluan untuk Fadhli di Batu Pahat, kami bertolak balik ke Seremban lewat pukul 5 ptg.
Email Fadhli : charliez77@yahoo.co.nz
Fon : 017 6085411
No comments:
Post a Comment