Wednesday, June 9, 2010

SUARA SISWA



    Begitulah tajuk rancangan yang di hos kan olih Dr Fazley Yaakob, malam tadi pukul 10 malam di tv 1 RTM. Dr Fazley seorang personaliti yang tidak asing lagi masa kini, seorang perunding motivasi dan juga seorang penyanyi. Beliau berjaya mengendalikan suasana perbincangan yang mantap dan berisi, tidak membosankan. Bersama ahli panel dan jemputan dari IPTA & IPTS tempatan.
    Malam tadi mereka membincangkan tajuk 'Bagaimana warga siswa/siswi berperanan dalam menurunkan kadar indek jenayah semasa. Dapat di saksikan ahli panel yang terdiri dari  YDP persatuan mahasiswa IPT tempatan memberikan pendapt dan hujah.  Mereka ini adaah insan yang berilmu dan saya lihat memiliki pengetahuan am yang mantap yang sepatutnya dimiliki olih seorang siswa/siswi.
    Seorang  jemput yang juga seorang dekan dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) memberikan
pendapat, dimasa beliau dahulu bilangan siswa/siswi tidak ramai seperti sekarang, olih itu mereka sangat merasai nilai ungkapan ' Menara Gading', jadi mereka akan mempertahankan identiti diri sebagai insan yang terpilih itu.
   Adakah siswa/siswi sekarang menyedari bagaimana untuk mengisi keperluan bagi mengekalkan identiti diri sebagai seorang penghuni menara gading. Dr Fazley saya lihat menduga kesediaan siswa/siswi untuk menjawab persoalan isu isu semasa seperti fakta tentang kadar indek jenayah semasa dan peranan siswa/siwi ini.
    Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini seorang siswi penerima anugerah Graduan Cemerlang Universiti Sains Pengurusan(MSU) Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor, Nor Hafizah Ishak menyatakan amalan yang dilakukannya untuk meningkatkan pengetahuan am ialah membaca akhbar harian dan tiga buah buku sehari.
     Adakah perkara isu semasa seperti NKRA dan KPI pentdbiran kerajaan dibawah pimpinan PM kita sekarang difahami. Adakah Model Ekonomi Baru di fahami.
     Saya lihat rancangan seperti Suara Siswa adalah amat bagus di tonton olih siswa/siswi kita.



 

No comments: