Iklan nya merata tempat di Seremban. Khabar dari mulut ke mulut juga hebat. Timbul hasrat untuk mencuba hidangan yang dikatakan lain dari yang lain kerana masakan Cina Islam.
Pada malam Minggu yang lepas kami ke Restoran berkenaan terletak di Taman Warisan Puteri, Seremban. Walaupun malam minggu nampaknya bilangan kereta di tempat letak kereta tak lah banyak sangat.
Masuk kedewan makan yang dahulunya kalau tak silap adalah bekas pejabat jualan perumahan Taman Warisan Puteri, ada tiga meja yang ada pelanggan.
Kami jangkakan dalam masa 15 atau 20 minit makanan akan terhidang. Seorang petugas membawa menu untuk kami order makanan.
Masa berlalu rasanya terlalu lama tapi makanan dan minuman tak sampai juga, setelah setengah jam dua jenis lauk sampai, nasi juga sampai, tapi tak cukup untuk kami lima orang. Kena panggil pelayan tu beritau nasi tak cukup untuk lima orang (dia tanya nak nasi tambah ke?, saya beritau bukan nasi tambah tapi nasi yang diberi tak cukup untuk kami lima orang). Minuman jus buah, epal, belimbing, nenas dan laici tembikai sampai seketika lepas tu. Jus buah yang di buatkan untuk kami adalah gelas yang berisi air buah yang penuh dengan kelodak atau hampas buah yang tidak ditapis.(tak tau pula kalau restoran Cina cara buat jus buah macam tu).
Kami panggil budak pelayan restoran tu menyatakan hidangan kami tak lengkap lagi sedangankan masa dah lama sangat. Pelanggan tak lah ramai pada malam tu. Hampir satu jam kami duduk barulah lengkap hidangan kami.
[ Gambar hiasan]
Dilihat nampak macam sedap, antara makanan yang kami order:
1) Ikan Siakap masak stim minta saiz M, tapi diberi saiz S
2) Kailan ikam masin, tak rasa ikan masinnya.
3) Sotong sambal petai, bawang je banyak.
4) Tomyam campur, banyak daging tak empuk je.
Apa yang kami rasa berbanding dengan banyak restoran Tom Yam di Seremban, umpamanya Usop Tom Yam, Dol Tom Yam, Man Tom Yam, Johan Tom Yam dll , Restoran Sri Aden jauh ketinggalan dari segi layanan, rasa makanan, rasa minuman , masa menyiapkan makanan walaupun restoran lain tu tidak ada iklan dimerata simpang.
Lihat blog nya: http://sriadencafe.blogspot.com/
Harganya pula tidaklah murah, malah lebih mahal.
CADANGAN SAYA , PENYELIA ATAU JUGA PEMILIK RESTORAN KENA PEKA DENGAN PERSEKITARAN DEWAN MAKAN AGAR TIADA PELANGGAN YANG MENUNGGU AGAK LAMA DAN MAKANAN YANG DIHIDANGKAN MENEPATI SEPERTI DI 'ORDER'.
Jika kedatangan saya dilain masa, restoran ini melakukan perubahan dengan memenuhi kehendak pelanggan, dari segi makanan/minuman dan layanan, juga harga, saya pasti akan menjadi pelanggan setia.
2 comments:
Hairan kenapa begitu sekali tindakan terhadap peniaga ini? Apa dosa besar mereka terhadap kamu sehingga memberi cadangan yang kejam. Kenalkah hati budi tuan punya kedai. Ini masa mereka hadapi masalah pekerja. Saya pernah ke restoran mereka, sikap berterus terang mereka membuat saya faham dengan masalah kelewatan, tapi kalau kata 1 jam lewat susah nak percaya itu mungkin fitnah. Masa saya pergi paling lewat 1/2jam adalah tapi mereka minta maaf. Orang baru mula berniaga biasalah kena promosi itu pun saya cadangkan supaya banyakkan promosi, mereka kata baru 8 banner dibentangkan, itu pun orang sudah sakit hati kata merata tempat. Biasa berniaga tak yang beri komen ni. Pesaing ke? Janganlah rosakkan perniagaan orang lain berdosa! Konsep mereka ialah Chinese Seafood maka tak boleh samakan dengan Tom Yam. Masa kelewatan pesanan saya, mereka maklumkan mereka hidangkan masakan panas mengikut syarat pengendalian makanan dan kebanyakan yang kita makan cepat siap, nasi sudah digoreng awal hanya dipanaskan saja. Maka jangan AMAL kan sikap hasad dengki. Jika tak berpuas hati maklum pada tuan punya kedai dan lihat sendiri sikap rendah diri mereka. Makan habiskan!
Saudara Radin,
dari cara komen tuan saya rasakan tuan adalah tuan punya restoran atau rakan rapatnya. Saya mohon maaf andainya apa yang saya tuliskan mendatangkan kerumitan kepada tuan atau pemilik restoran.
Tiada niat jahat atau dengki. Saya kesana untuk makan bersama anak anak dan keluarga. Apa yang saya tuliskan itu adalah dari pendapat anak anak saya juga.
Pemilik restoran atau pekerjanya tidak ada yang tampil memohon maaf atas kelewatan disebabkan oilh kekurangan pekerja. Peniaga juga mesti ada sikap proaktif untuk memikat hati pelanggan juga bakal pelanggan.
Tiada sebab untuk saya memfitnah, saya adalah pelanggan , bukan pesaing.
Saya akan ubah cadangan saya yang mungkin menyinggung sesiapa.
Post a Comment