Kita akan merasa marah apabila kita di tipu atau hak kita dirampas.
Hak kita membeli sesuatu barang dengan harga yang di nyatakan. Harga sesuatu barang mestilah sama seperti tertera di rak pamiran , dalam iklan dan harga yang sama semasa kita membayar di kaunter. Jika kita terpaksa membayar lebih bermakna kita telah di tipu dan bermakna hak kita membeli seperti harga yang di janjikan dalam iklan telah di nafikan / dirampas.Sekarang banyak diperkatakan tentang penipuan harga barang di pasaraya dan pasaraya besar. Setakat hari ini belum ada tindakan konkrit dari pihak berkuasa untuk menanganinya.
Hari ini saya singgah di Pasaraya Besar Giant di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasaraya ini baru di buka beberapa bulan lepas. Saya tak pasti berita dalam keratan akhbar bertarikh 08 April 2011 diatas berkaitan dengan pasaraya ini atau tidak, mungkin ya atau pasaraya lain di PD.
Saya memilih beberapa barang termasuk satu unit remote control tv tertera harganya RM10.99, ada dua tanda harga di sebelah atas sementara di bawah disusun barang tersebut. Tiada scanner berhampiran untuk pelanggan memeriksa sendiri harga barang. Setelah membayar dikaunter saya dapati harga remote control tersebut adalah RM20.99.
Apabila saya bertanya di kaunter aduan pelanggan , mengapa harga yang ditulis RM10.99 di kenakan harga RM20.99,mereka manyatakan mungkin pelanggan lain meletakkan barang tersebut ditempat barang yang berharga RM10.99. Pada pengamatan saya tak mungkin barang tersebut tersalah letak kerana ada banyak barang di susun di rak itu. Saya di minta mengisi nama dan tandatangan dalam satu borang untuk memulangkan barang dan mengembalikan wang saya. Saya dengan ini mohon maaf kepada pekerja di kaunter aduan pelanggan kerana telah terkasar bahasa dalam insiden ini, saya maklum perkara ini bukan salah mereka tapi adalah tanggung jawab eksekutif mereka atau penyelia.
Saya melihat perkara ini mestilah di jadikan perkara utama yang patut di selesaikan olih Jabatan Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan daerah Port Dickson. Para pengguna menaruh harapan tinggi agar penipuan harga ini tidak berleluasa dan berterusan.
No comments:
Post a Comment