Friday, December 11, 2009

Haji

Dalam Malaysia Hari Ini di TV 3, pagi tadi menjemput tetamu undangan yang tak asing lagi Tn haji Ustaz Zahazan. Selalu keluar tv memberi motivasi berlandaskan ilmu Islam.

Hari ini beliau berbicara mengenai cerita menarik dari Mekah yang kebetulan beliau pun baru pulang dari mengerjakan haji.

Salah satu ceritanya mengenai ada orang yang meminum air hujan yang mengalir dekat ka'bah yang dianggap sebagai air istimewa. kata ustaz Zahazan, mungkin air tersebut ditakuti tercemar olih tahi burung atau lain kotoran, bukan semua yang ada disana istimewa, kena fikirlah sebelum berbuat perkara yang bukan bukan tu.

Lagi satu perkara yang di nyatakan nya ialah ada orang yang takut untuk menunaikan haji kerana telah melakukan berbagai kesalahan, takut Allah akan balas dengan cara tunai disana. Kata ustaz, Allah itu maha berkuasa, maha mengetahui, maha pengampun, Dia akan mengampunkan hambanya yang memohon keampunan.



Pukul 9.30 pagi pula saya bersama seorang kawan menziarahi seoarang rakan sepejabat yang baru pulang dari Mekah, kabarnya sampai pukul 3.00 pagi semalam.Dia menceritakan kisah dan susana di Mekah. Nampaknya dia batuk dan selsema, katanya sejak di Mekah. Ramai yang batuk, katanya ada keluar darah.

Semasa di sana katanya dia demam sedikit, panas badan. Makan jugalah ubat yang didapati dari klinik kelolaan Tabung Haji. Tiga perkara katanya yang penting jika nak pergi menunaikan haji, pertama badan sihat, kedua ada duit(cukup perbelanjaan), ketiga ada ilmu. Ada cerita yang didengarnya sepasang suami/isteri, si isteri ada mengikuti kursus haji, si suami tak pergi kursus, jadi sukarlah apabila disana kerana sentiasa nak bertanya.

Kami di hidangkan sedikit air Zam Zam dan buah kurma. Dihadiahkannya seorang satu kupiah yang dibeli di sana. TERIMA KASIH TN HAJI BORHAN BIN ABDUL HAMID.

Saturday, December 5, 2009

WAS WAS

Pagi semalam dalam keadaan cuaca yang hujan sejak pagi, saya singgah di satu gerai menjual nasi lemak. Malas nak singgah kedai jadi saya berhasrat beli bungkus dan makan dirumah.
Selalunya si penjual nasi lemak dan kueh ni ada seorang pembantu, hari ni seorang saja. Sedang dia membungkus nasi lemak, ada masa juga megupas dan memotong telur rebus dan memasukkan sepotong dalam bungkusan nasi lemak daun pisang, datang seorang pelanggan yang juga ingin membeli nasi lemak. Si pelanggan bertanya kemana pergi pembantu kerana nampak hari ni sorang aje. Dengan selamba kakak ni menjawab pembantunya pergi 'melabur', "kena cirit birit agak nye, kejap kang datang la tu" kata peniaga yang tak memikirkan katanya yang tidak sopan dalam masa dia menyediakan nasi lemak untuk pelanggan.

Pada masa sekarang ada penjual ais kerim bermotor yang menjaja di kawasan perumahan terdiri dari bukan orang tempatan, mungkin orang Pakistan atau Bangla jika melihat pada wajahnya. Adakah kebersihan dan kesihatan warga asing ni terjamin kerana ramai warga asing yang menjadi pembawa pelbagai penyakit bahaya dari negara asalnya. Pernah dilihat penjual ais kerim ni berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil di belakang pokok saja. Dimana kebesihan nya kerana selepas itu dia akan menyambung tugasnya semula tanpa membasuh tangan,dan akan memegang kon ais kerim untuk pelanggan, fikirkan situasi ini. Lebih lebih lagi jika penjual ais kerim ni bukan beragama Islam lagilah dia tak ingat untuk bersuci.
Beberapa tahun lalu di bandar Seremban, kedai bagi pengedar ais kerim berjenama terkenal terletak sebelahnya kedai menjual daging babi segar. Air dan lelehan cecair dari kedai daging babi ni mengalir ke kaki lima dan fikirkanlah disebelahnya kedai pembekal ais kerim dimana penjual runcit datang mengambil bekalan. Perkara tu berlaku beberapa tahun, tapi sekarang dah tak ada di situ lagi, pindah kemana tak taulah. Perkara ni dilihat depan mata olih pihak berkuasa tempatan, kerana tak jauh pejabat majlis tu, mengapa berlaku juga.

KALAU BERASA WAS WAS, TINGGALKAN AJE.

Wednesday, December 2, 2009

Keluarga dulu dulu

Alfatihah kepada arwah ayah Lasim bin Ahmad dan arwah ibu Saani bt Janor. Ayah meninggal dunia pada 3/4/1989 pukul 2 pagi dan ibu meninggal dunia pada 18/07/2008 pukul 2 ptg. Banyak tahun juga jaraknya tu.
Di bulan Ramadhan selalunya makanan sangat mewah berbeza dengan bulan biasa, walaupun para ustaz menasihatkan agar tidak berlebihan dalam penyediaan juadah berbuka. Hingga sekarang pun umat islam khususnya orang melayu mengamalkan tabiat yang sama, tambahan dengan adanya bazar Ramadhan, dulu tak ada.
Keluarga kami tidak membeli juadah berbuka, mana nak beli, tiada orang buka gerai jual kuih. Masa tu yang beli bahan mentah saja seperti tepung, ubi, keledek, pisang mee dll. Ibu tidak mengeluh penat atau letih dalam melakukan kerja ini. Mee goreng adalah menu yang selalu di buat. Waktu berbuka kami makan kueh atau mee dulu, nasi makan kemudian.
Waktu berbuka kami duduk sama sama diatas tikar yang dibentang atas lantai. Sebelum rumah kami memdapat bekalan letrik, suasana berbuka disinari olih lampu gasolin atau lampu minyak tanah yang besar, terang juga cahayanya.
Suasana makan bersama dengan semua ahli keluarga ni diamalkan bukan didalam bulan ramadhan saja, tapi sitiap masa. Apabila makanan siap dihidang olih ibu seorang, salah seorang antara kami sebagai seorang anak akan memanggil ayah untuk makan, tengahari atau malam. Cuma pagi je tak makan sama sebab ayah keluar untuk bekerja seawal pukul 6 pagi. Kami anak anak tidak akan memulakan menjamah makanan sehingga ayah mengambil nasi dan lauk dulu. ini di ingatkan olih ayah dan ibu walaupun ibu seorang wanita kampung yang buta huruf.
Walaupun begitu kami adik beradik bergaduh juga berebut lauk dan nasi, tetapi setelah diutamakan untuk ayah. Dalam bab bergaduh ni selalunya tak berlarutan. Gaduh masa makan malam , esok tu baiklah semula.
Ibu melakukan segala kerja, memasak mengemas, membasuh baju, menoreh getah, kesawah padi, menjaga cucu, juga semasa ayah sakit ibu yang banyak berikhtiar mencari ubat(dukun, yelah orang kampung), sebelum ikhtiar terakhir ke hospital. Tiada keluhan dan ungkitan.

SANGAT SANGAT JAUH BEZANYA DARI SEKARANG.