Wednesday, December 2, 2009

Keluarga dulu dulu

Alfatihah kepada arwah ayah Lasim bin Ahmad dan arwah ibu Saani bt Janor. Ayah meninggal dunia pada 3/4/1989 pukul 2 pagi dan ibu meninggal dunia pada 18/07/2008 pukul 2 ptg. Banyak tahun juga jaraknya tu.
Di bulan Ramadhan selalunya makanan sangat mewah berbeza dengan bulan biasa, walaupun para ustaz menasihatkan agar tidak berlebihan dalam penyediaan juadah berbuka. Hingga sekarang pun umat islam khususnya orang melayu mengamalkan tabiat yang sama, tambahan dengan adanya bazar Ramadhan, dulu tak ada.
Keluarga kami tidak membeli juadah berbuka, mana nak beli, tiada orang buka gerai jual kuih. Masa tu yang beli bahan mentah saja seperti tepung, ubi, keledek, pisang mee dll. Ibu tidak mengeluh penat atau letih dalam melakukan kerja ini. Mee goreng adalah menu yang selalu di buat. Waktu berbuka kami makan kueh atau mee dulu, nasi makan kemudian.
Waktu berbuka kami duduk sama sama diatas tikar yang dibentang atas lantai. Sebelum rumah kami memdapat bekalan letrik, suasana berbuka disinari olih lampu gasolin atau lampu minyak tanah yang besar, terang juga cahayanya.
Suasana makan bersama dengan semua ahli keluarga ni diamalkan bukan didalam bulan ramadhan saja, tapi sitiap masa. Apabila makanan siap dihidang olih ibu seorang, salah seorang antara kami sebagai seorang anak akan memanggil ayah untuk makan, tengahari atau malam. Cuma pagi je tak makan sama sebab ayah keluar untuk bekerja seawal pukul 6 pagi. Kami anak anak tidak akan memulakan menjamah makanan sehingga ayah mengambil nasi dan lauk dulu. ini di ingatkan olih ayah dan ibu walaupun ibu seorang wanita kampung yang buta huruf.
Walaupun begitu kami adik beradik bergaduh juga berebut lauk dan nasi, tetapi setelah diutamakan untuk ayah. Dalam bab bergaduh ni selalunya tak berlarutan. Gaduh masa makan malam , esok tu baiklah semula.
Ibu melakukan segala kerja, memasak mengemas, membasuh baju, menoreh getah, kesawah padi, menjaga cucu, juga semasa ayah sakit ibu yang banyak berikhtiar mencari ubat(dukun, yelah orang kampung), sebelum ikhtiar terakhir ke hospital. Tiada keluhan dan ungkitan.

SANGAT SANGAT JAUH BEZANYA DARI SEKARANG.

No comments: