Pagi semalam dalam keadaan cuaca yang hujan sejak pagi, saya singgah di satu gerai menjual nasi lemak. Malas nak singgah kedai jadi saya berhasrat beli bungkus dan makan dirumah.
Selalunya si penjual nasi lemak dan kueh ni ada seorang pembantu, hari ni seorang saja. Sedang dia membungkus nasi lemak, ada masa juga megupas dan memotong telur rebus dan memasukkan sepotong dalam bungkusan nasi lemak daun pisang, datang seorang pelanggan yang juga ingin membeli nasi lemak. Si pelanggan bertanya kemana pergi pembantu kerana nampak hari ni sorang aje. Dengan selamba kakak ni menjawab pembantunya pergi 'melabur', "kena cirit birit agak nye, kejap kang datang la tu" kata peniaga yang tak memikirkan katanya yang tidak sopan dalam masa dia menyediakan nasi lemak untuk pelanggan.
Pada masa sekarang ada penjual ais kerim bermotor yang menjaja di kawasan perumahan terdiri dari bukan orang tempatan, mungkin orang Pakistan atau Bangla jika melihat pada wajahnya. Adakah kebersihan dan kesihatan warga asing ni terjamin kerana ramai warga asing yang menjadi pembawa pelbagai penyakit bahaya dari negara asalnya. Pernah dilihat penjual ais kerim ni berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil di belakang pokok saja. Dimana kebesihan nya kerana selepas itu dia akan menyambung tugasnya semula tanpa membasuh tangan,dan akan memegang kon ais kerim untuk pelanggan, fikirkan situasi ini. Lebih lebih lagi jika penjual ais kerim ni bukan beragama Islam lagilah dia tak ingat untuk bersuci.
Beberapa tahun lalu di bandar Seremban, kedai bagi pengedar ais kerim berjenama terkenal terletak sebelahnya kedai menjual daging babi segar. Air dan lelehan cecair dari kedai daging babi ni mengalir ke kaki lima dan fikirkanlah disebelahnya kedai pembekal ais kerim dimana penjual runcit datang mengambil bekalan. Perkara tu berlaku beberapa tahun, tapi sekarang dah tak ada di situ lagi, pindah kemana tak taulah. Perkara ni dilihat depan mata olih pihak berkuasa tempatan, kerana tak jauh pejabat majlis tu, mengapa berlaku juga.
KALAU BERASA WAS WAS, TINGGALKAN AJE.
No comments:
Post a Comment