**********************************************
Merokok membahayakan kesihatan, bukan saja perokok malah orang sekeliling lebih berisiko.
***********************************************
SENARAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK
1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab
malam atau kasino
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
3. Di dalam lif atau tandas awam
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh Menteri melalui
pemberitahuan dalam Warta
7. Di mana-mana kawasan lapangan terbang
8. Di mana-mana kawasan premis kerajaan
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa
aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan
10. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan atau institusi
pendidikan tinggi
11. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak
12. Di dalam bas sekolah
13. Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai
kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan,
Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos Malaysia
14. Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan,
pusat kecergasan atau gimnasium
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang
digunakan untuk tujuan keagamaan
18. Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
20. Di mana-mana kawasan di dalam tempat Latihan Khidmat
Negara
* Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia
Thursday, January 21, 2010
Monday, January 18, 2010
Tip Kesihatan
FAKTOR YANG MEROSAKKAN OTAK
1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.
2. Terlalu banyak makan
Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.
3. Merokok
Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.
4. Pengambilan gula yang tinggi
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.
5. Pencemaran udara
Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Berfikiran sempit
Berfikir adalah latihan terbaik utk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.
10. Kurang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.
11. Kurang membaca
Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang.
12. Mengabaikan Meditasi
Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!
Tip untuk kesihatan otak diatas saya ambil dari catatan seorang rakan, tak salah kalau kita jadikan panduan untuk kebaikan.
Saturday, January 16, 2010
Rindu rumah
Pada mulanya Fadhli nak balik pada hujung bulan ni. Berubah fikiran dia dah beli tiket bas dari Batu Pahat ke Seremban RM 15.30.
Petang semalam bertolak pukul 6.30 ptg melalui Muar, Melaka dan Ke Seremban. Sampai lambat juga sekitar 9.20 malam tadi.
Bertuahnya masa sekarang banyak kemudahan nak balik bila bila masa bolih, masa saya dulu masa daftardi asrama di Kg Pandan KL pergi sendiri, tiada mak/abah hantar, yelah abah tak mampu. Balik kampung sebulan lepas daftar, bas pun tak banyak.
Hari ni Fadhli lepas rindu dengan 2 ekor kucing kesayangannya, juga rindu dengan komputer rumah yang penuh dengan game, Naruto tak tinggal. Tengahari nak gi beli tiket balik Batu Pahat esok petang.
Kesimpulannya saya lihat peribadi Fadhli ada perubahan positif, dia nampak selesa dan suka dengan suasana pergaulannya disana walaubagaimana pun pembelajaran belum bermula lagi.

Wednesday, January 6, 2010
Selamat Belajar
Selamat Belajar dan saya doakan Mohd Fadhli bersemangat tinggi melangkah ke alam pembelajaran di Kolej Poly - Tech MARA Batu Pahat.
Kami bergerak dari rumah pukul 7.30 pagi 3 orang, Hisyam & Syikin tak ikut kerana masing masing bersekolah.
Olih kerana di rumah belum sarapan jadi setelah lebih satu jam di lebuhraya kami berhenti di kawasan rehat Pagoh.
Mohd Fadhli bergambar kenangan semasa kami berhenti sarapan di R & R Pagoh , Johor pukul 9 pagi.
Setelah lebih 20 minit kami teruskan perjalanan ke Batu Pahat. Ada baiknya saya dah survey dulu tempatnya minggu lepas jadi hari ni kami terus saja ke tempat pendaftaran di Bangunan Tabung Haji, Jalan Timah Sari, Batu Pahat.
Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 dah penuh tempat letak kereta di kiri kanan jalan depan pejabat Kolej berkenaan. Pendaftaran berjalan lancar di ikuti majlis taklimat olih Pengarah Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat. Sessi pendaftaran hari ini adalah untuk dua kursus saja, Diploma Imformation Technologi (DIT) dan Diploma Computer System & Networking(DCSN). Tak ramai mungkin ada 60orang atau lebih sedikit untuk dua kursus tersebut.
Mohd Fadhli mengikuti kursus Diploma Computer System & Networking(DCSN) selama 3 tahun(6 semesta)
Selepas taklimat kami menuju ke asrama yang terletak jauh juga dari pejabat tadi, dalam anggaran 14 km. Bas disediakan pagi dan petang, jika waktu lain kena naik bas lain. Pelajar semester 1 & 2 dibenarkan tinggal di asrama manakala semester selepas itu kemungkinan kena cari rumah sewa kerana bilik tidak mencukupi. pelajar ini menumpang asrama Kolej Kemahiran Tinggi MARA(KKTM) Batu Pahat, terletak bersebelahan dengan Universiti Tun Hussien On, Jalan Batu Pahat ke Air Hitam.
Fadhli dapat bilik di tingkat satu, tinggal dua orang dengan budak Melaka, Rais namanya.
Rais ni pernah masuk tingkatan enam tapi katanya susah, jadi dia mohon belajar ke KPTM ni.
Asrama ni baru di duduki kali pertama, biliknya baru, almari baru, tilam baru,bantal dan cadar kena bawa sendiri.
Nampaknya Fadhli mulai hari ini merasa pengalaman baru kerana dia tak pernah tinggal berjauhan dengan keluarga. Lihat pada wajahnya ada rasa gementar tapi dia juga dah lama duduk rumah sejak tamat tingkatan lima, jadi semangat nak belajar tu menjadikannya teruja nak menyambung pengajian peringkat diploma.
Fadhli mulai hari ini akan melalui perubahan cara hidup seharian. Semuanya kena uruskan dan buat keputusan sendiri.
Dah cuba duduk atas katil baru, bilik baru , kawan baru, wajahnya masih nampah gementarrrr.....
Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd. Rupanya IPTS anak syarikat MARA , jika dah swasta tu bayaran nya juga cara swastalah.
Struktur Yurannya
1. Yuran peengajian
2. Yuran pendaftaran.
3. Yuran asrama.
4. Yuran aktiviti pelajar.
5. Yuran koperasi.
Jumlah untuk sem 1 adalah RM 4140.00 , keluruhan 3 tahun lebih RM18,000.00, lumayan sungguh. Cadang nak mohon pimjaman pelajaran MARA. Syaratnya sekarang dah di naikkan mesti 5 kredit termasuk math, atau keputusan sem 1 CGPA dapat sekurang kurangnya 2.5 pointer. Nampaknya semester ni kena pakai duit sendiri dulu, semester 2 baru mohon.
Moga Fadhli belajar bersungguh sungguh untuk masa depan yang di cita citakan. Selesai urusan membeli beberapa peralatan keperluan untuk Fadhli di Batu Pahat, kami bertolak balik ke Seremban lewat pukul 5 ptg.
Email Fadhli : charliez77@yahoo.co.nz
Fon : 017 6085411

Subscribe to:
Posts (Atom)