Thursday, January 21, 2010

Kawasan Larangan Merokok

**********************************************
Merokok membahayakan kesihatan, bukan saja perokok malah orang sekeliling lebih berisiko.


***********************************************


SENARAI KAWASAN LARANGAN MEROKOK


1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab

    malam atau kasino

2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik

3. Di dalam lif atau tandas awam

4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin

5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam

6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh Menteri melalui

    pemberitahuan dalam Warta

7. Di mana-mana kawasan lapangan terbang

8. Di mana-mana kawasan premis kerajaan

9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa

    aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan

10. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan atau institusi

      pendidikan tinggi

11. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak

12. Di dalam bas sekolah

13. Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai

      kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan,

      Telekom Malaysia, Tenaga Nasional dan Pos Malaysia

14. Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah

15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak

16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan,

      pusat kecergasan atau gimnasium

17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang

      digunakan untuk tujuan keagamaan

18. Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan

19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan

20. Di mana-mana kawasan di dalam tempat Latihan Khidmat

      Negara
 
     * Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia
 
   

No comments: