Kebetulan saya membawa kamera bersama, jadi
saya rakamkan gambar rumah peninggalan keluarga
yang dulu dimana saya bersama Abah, Emak, seorang abang dan seorang kakak tinggal. seorang lagi abang saya tidak pernah tinggal bersama di rumah ini.
Yang kelihatan ini adalah rumah bahagian depan, manakala rumah dapur telah di robohkan dan dibuat baru. Kakak dan anaknya mengeluarkan sedikit belanja untuk tujuan itu.
Dirumah inilah saya dilahirkan dan membesar bersama Abah yang bekerja sebagai buruh JKR, disamping kerja kampung menoreh getah dan bersawah padi membantu emak.
*************************************
(Gambar pokok getah dan sawah padi ini saya rakamkan di tarikh lain semasa saya melalui satu kampung di Batu Kikir, NSDK).
Kakak balik kekampung sekali sekala untuk memastikan rumah ini tidak di litupi belukar. Lagipun tanah kampung ni tanah pusaka, tanah adat. Di negeri Sembilan tanah adat hanya di warisi olih anak anak perempuan sahaja
*************************************
Sebagai anak yang bongsu saya memang banyak kenangan bersama abah dan emak di rumah ini.
Setelah emak meninggal dunia pada tahun 2008 saya sudah jarang balik kekampung ini. Abah pula telah meninggal dunia lama dah, tahun 1989. Kakak sajalah yang balik bersama anak anaknya.
***************************************
Sayu rasa hati melihat rumah ini, sudah tidak berseri lagi kerana jarang di huni. Sayu mengimbas kenangan di rumah tempat tumpah darahku.
Al Fatihah untuk Abah dan Emak , juga seorang abang saya yang juga telah meninggal dunia semasa umurnya 23 tahun. Moga dicucuri rahmatNya sentiasa.
No comments:
Post a Comment