Tuesday, March 29, 2011

TAMAN AWAM SEREMBAN

Taman ini adalah kawasan yang sebelum ini terbiar dan tidak di selenggara olih pihak berkuasa tempatan. Baru dibangunkan olih Jabatan Lanskap Negara dengan kerjasama dan di selenggara olih Majlis Perbandaran Seremban siap awal tahun ini dan nampaknya baru di buka kepada awam bulan Feb 2011 ni.


Terletak bersebelahan Jalan Keliling dan Jalan Penghulu Cantik, Seremban. Pintu masuk ke Taman ini adalah  di Jalan Keliling, bersebelahan taman ini adalah rumah kediaman resmi pegawai pegawai kanan Kerajaan Negeri Sembilan.



Sangat sesuai untuk riadah / berjoging. Laluan trek untuk berjalan atau larian sangat baik dan cantik, di teduhi olih pokok hutan semula jadi dan pokok baru di tanam. Pokok ni mungkin berusia puluhan tahun.



Pokok baru yang ditanam sangat sesuai spesis dan jenis berdaun rendang akan membuatkan kawasan ini teduh apabila ia besar.

Kawasan lereng di tanam dengan susunan pokok yang akan memberi pemandangan yang menyejukan mata memandang dalam beberapa tahun nanti.



Trek mengelilingi tasik ni di bina cantik, sesuai untuk berjogging atau cuma berjalan jalan diwaktu pagi atau petang.


Bersebelahan adalah Jalan Keliling yang mengelilingi keseluruhan Taman Tasik Seremban, juga terdapat beberapa hotel ternama di Seremban, umpamanya Klana Resort dan Royale Bintang.


Bagi ibubapa yang membawa anak anak, keperluan ini juga tidak di lupakan. Lapangan permainan kanak kanak di sediakan.



Bangunan Tandas Awam juga cantik dan besar, hendaknya di urus dengan baik tidak seperti kebanyakan tandas awam lain.



Pemandangan tasik yang semakin cantik dengan air yang semakin memenuhi ruang hingga ke tebing.







Di tengah di bina satu jambatan merentasi tasik

Petang tadi saya berjogging dikawasan ini selama satu jam, ramai juga pengunjung dari pelbagai kaum , Cina, Melayu, India  tua dan muda. Pelancong yang menginap di hotel berhampiran juga ada yang mengambil angin di sini.

Saturday, March 19, 2011

RESTORAN RAKYAT

  Pagi ini pergi jogging di sekitar Taman Tasik Seremban, lepas tu Ke Pasar Besar Seremban untuk membeli keperluan dapur untuk satu minggu.
   Untuk bersarapan pagi hari ni saya menuju ke Medan Rahang, berhampiran SK Rahang. Restoran di beri nama RESTORAN RAKYAT.

  
Beroperasi di bangunan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS). Restoran ni rasanya baru di buka setahun atau setahun lebih. Dulu tempat ni beroperasinya RESTORAN NELAYAN SEA FOOD, yang sangat popular, tapi sejak berpindah ke tempat berhampiran tempat ini juga tidak berapa menarik lagi.
             Saya sampai pukul 9.00 pagi, beberapa jenis lauk dah tersedia mungkin untuk makan nasi  tengahari, awalnya. Nasi goreng dan beberapa jenis kuih juga tersedia untuk pilihan pelanggan.






 Tapi saya order teh tarik dan roti canai sahaja. Lepas tu ambil sedikit kuih .



   Roti canai nya garing tapi lembut. Harganya RM 1.00 tak lah mahal dikala situasi sekarang, tapi ada kedai yang jual roti canai 80 sen. Kuih beharga 50 sen, saya rasa mahal tu.
   Walaubagai mana pun secara keseluruhannya tempatnya selesa rasa makanan sedap, teh tarik  menepati selera, layanan bagus dan cepat.

   Bolih datang lagi untuk mencuba makan tengahari pula.

Friday, March 11, 2011

INSURAN KENDERAAN

[GAMBAR HIASAN-KRISS 100]

Premium insurans tak masuk akal

   KUALA LUMPUR 10 Mac - Penyokong kerajaan dan pembangkang hari ini 'bersatu' menyelar syarikat-syarikat insurans kerana mengenakan premium yang tidak masuk akal terhadap kenderaan lama berusia lebih 10 tahun dan insurans pihak ketiga sejak dua tahun lalu.

  Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengkaji semula kadar dikenakan itu sejak dua tahun lalu kerana jelas membebankan rakyat ekoran harga premium insurans yang terlalu tinggi.

  Meskipun katanya, telah ada arahan supaya syarikat-syarikat insurans tidak boleh memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan namun perkara itu masih berleluasa.



Antara petikan dari berita dalam Utusan Malaysia hari ini 11 March 2011.
--------------------------------------------------------------------------

Pengalaman saya sendiri berkaitan insuran motorsikal keluaran tahun 2002, 110cc.
Premium yang saya kena bayar semasa membeli insuran:

Tahun 2009 = RM100.00 -+
Tahun 2010 = RM167.00
Tahun 2011 = RM 210.00

Lihatlah kenaikan setiap tahun yang sangat membebankan. Semakin lama usia motorsikal tersebut semakin mahal premium yang dikenakan.
Kata petugas di pejabat insuran tersebut tahun depan akan naik lagi.

Mengapakah tiada kawalan  langsung olih pihak berkuasa samada Kementerian Kewangan atau Bank Negara, bukan sahaja insuran motorsikal juga kereta serta insuran insuran lain.(Umpamanya insuran kesihatan)

Saturday, March 5, 2011

RESTORAN SRI ADEN

RESTORAN ARAB?, MELAYU?, CINA?....(Sri Aden Cafe)


Iklan nya merata tempat di Seremban. Khabar dari mulut ke mulut juga hebat. Timbul hasrat untuk mencuba hidangan yang dikatakan lain dari yang lain kerana masakan Cina Islam.

Pada malam Minggu yang lepas kami ke Restoran berkenaan terletak di Taman Warisan Puteri, Seremban. Walaupun malam minggu nampaknya bilangan kereta di tempat letak kereta tak lah banyak sangat.

Masuk kedewan makan yang dahulunya kalau tak silap adalah bekas pejabat jualan perumahan Taman Warisan Puteri, ada tiga meja yang ada pelanggan.

Kami jangkakan dalam masa 15 atau 20 minit makanan akan terhidang. Seorang petugas membawa menu untuk kami order makanan.

Masa berlalu rasanya terlalu lama tapi makanan dan minuman tak sampai juga, setelah setengah jam dua jenis lauk sampai, nasi juga sampai, tapi tak cukup untuk kami lima orang. Kena panggil pelayan tu beritau nasi tak cukup untuk lima orang (dia tanya nak nasi tambah ke?, saya beritau bukan nasi tambah tapi nasi yang diberi tak cukup untuk kami lima orang). Minuman jus buah, epal, belimbing, nenas dan laici tembikai sampai seketika lepas tu. Jus buah yang di buatkan untuk kami adalah gelas yang berisi air buah yang penuh dengan kelodak atau hampas buah yang tidak ditapis.(tak tau pula kalau restoran Cina cara buat jus buah macam tu).

Kami panggil budak pelayan restoran tu menyatakan hidangan kami tak lengkap lagi sedangankan masa dah lama sangat. Pelanggan tak lah ramai pada malam tu. Hampir satu jam kami duduk barulah lengkap hidangan kami.


[ Gambar hiasan]

Dilihat nampak macam sedap, antara makanan yang kami order:

1) Ikan Siakap masak stim minta saiz M, tapi diberi saiz S
2) Kailan ikam masin, tak rasa ikan masinnya.
3) Sotong sambal petai, bawang je banyak.
4) Tomyam campur, banyak daging tak empuk je.

Apa yang kami rasa berbanding dengan banyak restoran Tom Yam di Seremban, umpamanya Usop Tom Yam, Dol Tom Yam, Man Tom Yam, Johan Tom Yam dll , Restoran Sri Aden jauh ketinggalan dari segi layanan, rasa makanan, rasa minuman , masa menyiapkan makanan walaupun restoran lain tu tidak ada iklan dimerata simpang.

Lihat blog nya:  http://sriadencafe.blogspot.com/

Harganya pula tidaklah murah, malah lebih mahal.

CADANGAN SAYA , PENYELIA ATAU JUGA PEMILIK RESTORAN KENA PEKA DENGAN PERSEKITARAN DEWAN MAKAN AGAR TIADA PELANGGAN YANG MENUNGGU AGAK LAMA DAN MAKANAN YANG DIHIDANGKAN MENEPATI SEPERTI DI 'ORDER'.

Jika kedatangan saya dilain masa, restoran ini melakukan perubahan dengan memenuhi kehendak pelanggan, dari segi makanan/minuman dan layanan, juga harga, saya pasti akan menjadi pelanggan setia.