Terletak bersebelahan Jalan Keliling dan Jalan Penghulu Cantik, Seremban. Pintu masuk ke Taman ini adalah di Jalan Keliling, bersebelahan taman ini adalah rumah kediaman resmi pegawai pegawai kanan Kerajaan Negeri Sembilan.
Sangat sesuai untuk riadah / berjoging. Laluan trek untuk berjalan atau larian sangat baik dan cantik, di teduhi olih pokok hutan semula jadi dan pokok baru di tanam. Pokok ni mungkin berusia puluhan tahun.
Pokok baru yang ditanam sangat sesuai spesis dan jenis berdaun rendang akan membuatkan kawasan ini teduh apabila ia besar.
Kawasan lereng di tanam dengan susunan pokok yang akan memberi pemandangan yang menyejukan mata memandang dalam beberapa tahun nanti.
Trek mengelilingi tasik ni di bina cantik, sesuai untuk berjogging atau cuma berjalan jalan diwaktu pagi atau petang.
Bersebelahan adalah Jalan Keliling yang mengelilingi keseluruhan Taman Tasik Seremban, juga terdapat beberapa hotel ternama di Seremban, umpamanya Klana Resort dan Royale Bintang.
Bagi ibubapa yang membawa anak anak, keperluan ini juga tidak di lupakan. Lapangan permainan kanak kanak di sediakan.
Bangunan Tandas Awam juga cantik dan besar, hendaknya di urus dengan baik tidak seperti kebanyakan tandas awam lain.
Pemandangan tasik yang semakin cantik dengan air yang semakin memenuhi ruang hingga ke tebing.
Di tengah di bina satu jambatan merentasi tasik
Petang tadi saya berjogging dikawasan ini selama satu jam, ramai juga pengunjung dari pelbagai kaum , Cina, Melayu, India tua dan muda. Pelancong yang menginap di hotel berhampiran juga ada yang mengambil angin di sini.
1 comment:
salam,
mohon kebenaran copy gambar ye..
Post a Comment