Wednesday, April 6, 2011

HARGA BARANG

   Kesilapan atau penipuan atau kecuaian.


Body Wash berjenama seperti gambar saya beli petang tadi di sebuah pasaraya terkenal di Centre Point Seremban. Ini juga mungkin pengaruh iklan yang di hantar kerumah.


Diatas rak jualan disusun barangan jualan dengan tanda harga bersaiz kecil, manakala tanda harga bersaiz besar adalah sempena jualan bermula 1 April hingga 15 April.
Saya lihat harga biasa body wash 500ml tersebut adalah RM 10.50 manakala harga promosi adalah RM7.99.



Untuk mempastikan harga yang sebenar saya menggunakan alat pengesan bar code(scanner) yang di sediakan(cuma ada satu). Harga dipaparkan olih scanner RM10.50 bermakna jika dibawa ke kaunter bayaran akan di kena harga bukan promosi.
Setelah mengambil beberapa barangan lain saya ke kaunter bayaran tetapi saya bertanya dulu harga sebenar barangan tersebut, saya maklumkan harga promosi lebih murah. Petugas pergi memeriksa ditempat rak barangan untuk memastikan harga sebenar dan mengakui harganya RM7.99.
   Adakah ramai pengguna yang mengambil sikap berhati hati dengan memeriksa harga yang sebenar dengan scanner, rasanya tidak ramai yang berbuat demikian.
  Adakah perkara kesilapan harga, lain harga yang di tulis , lain harga yang dibayar olih pengguna ini banyak berlaku di masa kini. Para pengguna perlu lebih berhati hati dan pihak berkuasa umpamanya penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan perlu proaktif untuk menjaga kepentingan pengguna/rakyat.
Pihak Pasaraya juga mesti bertanggung jawab penuh dengan meneliti operasi perniagaan dalam segala segi agar tidak menjadikan pengguna mangsa mereka.

   Keratan akhbar bertarikh 29 Mac 2011 dibawah menunjukan perkara seperti yang saya alami bolih dialami juga olih pengguna lain dan di tempat dan pasaraya lain. Komen pembaca dalam akhbar tersebut memaparkan harga yang dibayar lebih mahal dari harga yang di paparkan di rak barang.

 
PIHAK BERKUASA BERTINDAKLAH MANAKALA PENGGUNA BERHATI HATI SELALU DAN PIHAK PENIAGA SEDIAKAN LEBIH BANYAK SCANNER UNTUK KEMUDAHAN PELANGGAN.

No comments: