Untuk bersarapan pagi hari ni saya menuju ke Medan Rahang, berhampiran SK Rahang. Restoran di beri nama RESTORAN RAKYAT.
Beroperasi di bangunan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS). Restoran ni rasanya baru di buka setahun atau setahun lebih. Dulu tempat ni beroperasinya RESTORAN NELAYAN SEA FOOD, yang sangat popular, tapi sejak berpindah ke tempat berhampiran tempat ini juga tidak berapa menarik lagi.Saya sampai pukul 9.00 pagi, beberapa jenis lauk dah tersedia mungkin untuk makan nasi tengahari, awalnya. Nasi goreng dan beberapa jenis kuih juga tersedia untuk pilihan pelanggan.
Tapi saya order teh tarik dan roti canai sahaja. Lepas tu ambil sedikit kuih .
Roti canai nya garing tapi lembut. Harganya RM 1.00 tak lah mahal dikala situasi sekarang, tapi ada kedai yang jual roti canai 80 sen. Kuih beharga 50 sen, saya rasa mahal tu.
Walaubagai mana pun secara keseluruhannya tempatnya selesa rasa makanan sedap, teh tarik menepati selera, layanan bagus dan cepat.
Bolih datang lagi untuk mencuba makan tengahari pula.
No comments:
Post a Comment