Sunday, April 10, 2011

PENIPUAN HARGA

    Kita akan merasa marah apabila kita di tipu atau hak kita dirampas.
   Hak kita membeli sesuatu barang dengan harga yang di nyatakan. Harga sesuatu barang mestilah sama seperti tertera di rak pamiran , dalam iklan dan harga yang sama semasa kita membayar di kaunter. Jika kita terpaksa membayar lebih bermakna kita telah di tipu dan bermakna hak kita membeli seperti harga yang di janjikan dalam iklan telah di nafikan / dirampas.

Sekarang banyak diperkatakan tentang penipuan harga barang di pasaraya dan pasaraya besar. Setakat hari ini belum ada tindakan konkrit dari pihak berkuasa untuk menanganinya.



   Hari ini saya singgah di Pasaraya Besar Giant di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasaraya ini baru di buka beberapa bulan lepas. Saya tak pasti berita dalam keratan akhbar bertarikh 08 April 2011 diatas berkaitan dengan pasaraya ini atau tidak, mungkin ya atau pasaraya lain di PD.
   Saya memilih beberapa barang termasuk satu unit remote control tv tertera harganya RM10.99, ada dua tanda harga di sebelah atas sementara di bawah disusun barang tersebut. Tiada scanner berhampiran untuk pelanggan memeriksa sendiri harga barang. Setelah membayar dikaunter saya dapati harga remote control tersebut adalah RM20.99.


Apabila saya bertanya di kaunter aduan pelanggan , mengapa harga yang ditulis RM10.99 di kenakan harga RM20.99,mereka manyatakan mungkin pelanggan lain meletakkan barang tersebut ditempat barang yang berharga RM10.99. Pada pengamatan saya tak mungkin barang tersebut tersalah letak kerana ada banyak barang di susun di rak itu. Saya di minta mengisi nama dan tandatangan dalam satu borang untuk memulangkan barang dan mengembalikan wang saya. Saya dengan ini mohon maaf kepada pekerja di kaunter aduan pelanggan kerana telah terkasar bahasa dalam insiden ini, saya maklum perkara ini bukan salah mereka tapi adalah tanggung jawab eksekutif mereka atau penyelia.  
   Saya melihat perkara ini mestilah di jadikan perkara utama yang patut di selesaikan olih Jabatan Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan daerah Port Dickson. Para pengguna menaruh harapan tinggi agar penipuan harga ini tidak berleluasa dan berterusan.



Saturday, April 9, 2011

MENGIKTIRAF BUKTI


Dr Juanda Jaya

Kenyataan Mufti Perlis dalam Malaysiakini :

"Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi (yang adil) yang melihat perlakuan zina itu. "Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina.

Kenyataan tersebut adalah reaksi jawapan kepada kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainol Rijal Abu Bakar bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah.




ZAINOL RIJAL ABU BAKAR

Beliau orang berilmu tinggi, keluarkanlah kenyataan tanpa dipengaruhi politik peribadi. Jangan mengelirukan orang yang mempercayai anda orang berilmu. Jangan memperalatkan ilmu yang anda ada untuk kepentingan pihak tertentu yang anda sokong.

Jika rakaman gambar dan video tidak diterima sebagai bukti, bagai menunjukan Islam tidak mengikut peredaran zaman. Kalau begitu bukti DNA juga tak bolih juga diterima sebagai bukti. Dizaman teknologi serba canggih ni, masih ada ulama yang tak bolih terima kemajuan atau ada kepentingan peribadi.
   Adakah orang yang melakukan zina mahu mengaku dosa besar yang telah di lakukannya. Adakah mata empat orang saksi (yang adil) yang bolih melihat perlakuan itu, kalau zaman orang tinggal dalam rumah berdinding buluh atau dinding daun nipah/rumbia bolih lah orang nampak. Juanda.... Juanda....

Orang yang mendengar akan keliru, sebab ulama yang bercakap juga keliru, penyokong juga keliru dan terus dikelirukan olih mereka.



Wednesday, April 6, 2011

HARGA BARANG

   Kesilapan atau penipuan atau kecuaian.


Body Wash berjenama seperti gambar saya beli petang tadi di sebuah pasaraya terkenal di Centre Point Seremban. Ini juga mungkin pengaruh iklan yang di hantar kerumah.


Diatas rak jualan disusun barangan jualan dengan tanda harga bersaiz kecil, manakala tanda harga bersaiz besar adalah sempena jualan bermula 1 April hingga 15 April.
Saya lihat harga biasa body wash 500ml tersebut adalah RM 10.50 manakala harga promosi adalah RM7.99.



Untuk mempastikan harga yang sebenar saya menggunakan alat pengesan bar code(scanner) yang di sediakan(cuma ada satu). Harga dipaparkan olih scanner RM10.50 bermakna jika dibawa ke kaunter bayaran akan di kena harga bukan promosi.
Setelah mengambil beberapa barangan lain saya ke kaunter bayaran tetapi saya bertanya dulu harga sebenar barangan tersebut, saya maklumkan harga promosi lebih murah. Petugas pergi memeriksa ditempat rak barangan untuk memastikan harga sebenar dan mengakui harganya RM7.99.
   Adakah ramai pengguna yang mengambil sikap berhati hati dengan memeriksa harga yang sebenar dengan scanner, rasanya tidak ramai yang berbuat demikian.
  Adakah perkara kesilapan harga, lain harga yang di tulis , lain harga yang dibayar olih pengguna ini banyak berlaku di masa kini. Para pengguna perlu lebih berhati hati dan pihak berkuasa umpamanya penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan perlu proaktif untuk menjaga kepentingan pengguna/rakyat.
Pihak Pasaraya juga mesti bertanggung jawab penuh dengan meneliti operasi perniagaan dalam segala segi agar tidak menjadikan pengguna mangsa mereka.

   Keratan akhbar bertarikh 29 Mac 2011 dibawah menunjukan perkara seperti yang saya alami bolih dialami juga olih pengguna lain dan di tempat dan pasaraya lain. Komen pembaca dalam akhbar tersebut memaparkan harga yang dibayar lebih mahal dari harga yang di paparkan di rak barang.

 
PIHAK BERKUASA BERTINDAKLAH MANAKALA PENGGUNA BERHATI HATI SELALU DAN PIHAK PENIAGA SEDIAKAN LEBIH BANYAK SCANNER UNTUK KEMUDAHAN PELANGGAN.